SOALAN LAZIM (FAQ)
1. Siapakah Kekal Credit Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Kekal Impian Sdn. Bhd.)?
Kekal Credit Sdn. Bhd. (“KCSB”) ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan menyediakan kemudahan pembiayaan peribadi konvensional serta pembiayaan peribadi patuh Shariah.
Syarikat ini telah diiktiraf sebagai Pemenang Anugerah Inovasi Terbaik di Madani Credit Awards 2024, satu penghormatan yang dianugerahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (“KPKT”).
2. Apakah produk yang ditawarkan oleh KCSB?
KCSB menawarkan pembiayaan peribadi konvensional untuk bukan penjawat awam serta pembiayaan peribadi patuh Shariah untuk penjawat awam.
Bagi penjawat awam, bayaran ansuran bulanan akan dibuat melalui potongan gaji yang diuruskan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (“ANGKASA”).
3. Adakah produk ini berlandaskan prinsip Shariah?
Ya. Pembiayaan peribadi patuh Shariah yang ditawarkan oleh KCSB adalah berasaskan konsep Murabahah Komoditi melalui Tawarruq, selaras dengan prinsip-prinsip Shariah.
4. Siapakah yang layak memohon pembiayaan ini?
Pembiayaan Peribadi Patuh Shariah (Penjawat Awam)
Anda layak memohon sekiranya memenuhi kriteria berikut:
-
Berumur antara 20 hingga 58 tahun
(Tempoh maksimum pembiayaan adalah sehingga satu (1) tahun sebelum persaraan, dan umur persaraan dihadkan kepada 58 tahun.) - Memegang jawatan tetap sebagai penjawat awam melebihi 6 bulan dan bukan dalam tempoh percubaan.
- Mempunyai pendapatan kasar bulanan minimum RM1,700.
- Bukan seorang muflis atau dalam proses kebankrapan.
Pembiayaan Peribadi Konvensional (Bukan Penjawat Awam)
Anda layak memohon sekiranya memenuhi kriteria berikut:
-
Berumur antara 20 hingga 58 tahun
(Tempoh maksimum pembiayaan adalah sehingga satu (1) tahun sebelum persaraan, dan umur persaraan dihadkan kepada 58 tahun.) - Memegang jawatan tetap melebihi 6 bulan dan bukan dalam tempoh percubaan.
- Mempunyai pendapatan kasar bulanan minimum RM1,700.
- Bukan seorang muflis atau dalam proses kebankrapan.
5. Apakah dokumen atau maklumat yang perlu dikemukakan untuk permohonan pembiayaan?
Anda dikehendaki mengemukakan dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan.
- Salinan tiga (3) bulan slip gaji terkini.
- Penyata bank bagi akaun penerimaan gaji bulanan.
- Penyata bank bagi akaun penerimaan pembiayaan.
- Surat pengesahan pekerjaan.
-
Borang BPA 1/79 ANGKASA yang telah disahkan oleh
majikan yang diberi kuasa
(Terpakai untuk penjawat awam sahaja.)
6. Adakah saya layak memohon sekiranya berada di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK atau mempunyai rekod CTOS/CCRIS?
Anda masih boleh memohon. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah tertakluk kepada penilaian kredit oleh KCSB serta terma dan syarat yang berkenaan.
7. Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?
Tidak. Tiada penjamin atau cagaran diperlukan bagi pembiayaan ini. Namun begitu, keperluan ini adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan budi bicara KCSB.
8. Adakah saya perlu membayar sebarang yuran keahlian atau yuran perkhidmatan?
Tidak. Anda tidak perlu membayar sebarang yuran keahlian atau yuran perkhidmatan kepada mana-mana pihak ketiga dalam apa jua keadaan.
9. Bagaimanakah bayaran ansuran dibuat?
- Pembiayaan Peribadi Konvensional: Bayaran ansuran bulanan dibuat melalui auto-debit bank.
- Pembiayaan Peribadi Patuh Shariah: Bayaran ansuran bulanan dibuat melalui potongan gaji menerusi ANGKASA.
10. Bolehkah saya memohon terus melalui platform digital KCSB?
Ya. KCSB mengalu-alukan permohonan secara langsung, termasuk permohonan yang dibuat melalui platform digital KCSB.