Laman Utama
Panduan Permohonan
Dasar Privasi
BM EN

Dasar Data Peribadi & Privasi

PENGENALAN

Notis ini dikeluarkan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”). Dengan berurusan dengan Kekal Credit Sdn. Bhd. (“Kekal Credit”), anda bersetuju bahawa Data Peribadi anda diproses seperti dalam Notis ini.

JENIS DATA PERIBADI YANG DIKUMPUL

Kami mengumpul maklumat pengenalan, hubungan, pekerjaan, pendapatan, maklumat potongan gaji (ANGKASA / SPGA), maklumat CTOS / CCRIS / FIS, data biometrik dan liveness eKYC, maklumat kewangan, data bayaran balik dan tingkah laku digital.

TUJUAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI

Data anda diproses untuk permohonan pembiayaan, pengesahan identiti (termasuk eKYC), penilaian kredit, pemprosesan potongan gaji, pentadbiran bayaran balik, pengurusan tunggakan, pematuhan PDPA / AMLA / audit, operasi dalaman, pencegahan penipuan, peningkatan sistem, komunikasi pelanggan dan pemasaran (dengan persetujuan).

PENDEDAHAN DATA PERIBADI

Data anda boleh didedahkan kepada ANGKASA, majikan, agensi pelaporan kredit, penyedia eKYC, juruaudit, penasihat profesional, vendor sistem, pengawal selia dan agensi penguatkuasaan, hanya apabila perlu.

Di samping itu, Data Peribadi anda boleh didedahkan, dikongsi dan diproses dalam kumpulan syarikat Kekal Credit, termasuk syarikat induk, anak syarikat, syarikat berkaitan dan syarikat bersekutu, bagi tujuan yang selaras dengan Notis ini termasuk operasi perniagaan, penilaian kredit, pengurusan risiko, perkhidmatan pelanggan dan permasaran (dengan persetujuan).

AKIBAT KEGAGALAN MEMBERI DATA PERIBADI

Permohonan pembiayaan mungkin tidak dapat diproses sekiranya Data Peribadi yang diperlukan tidak diberikan.

LANGKAH KESELAMATAN

Kami melaksanakan langkah keselamatan teknikal, fizikal dan pentadbiran bagi melindungi Data Peribadi anda.

TEMPOH PENYIMPANAN DATA

Data anda disimpan selama mana perlu untuk tujuan asal pengumpulannya atau mengikut kehendak undang-undang.

PEMINDAHAN DATA PERIBADI

Data anda mungkin disimpan atau diproses di pelayan luar Malaysia yang mempunyai perlindungan keselamatan dan kerahsiaan yang ketat.

HAK ANDA DI BAWAH PDPA

Anda boleh memohon akses, pembetulan, penarikan balik persetujuan (tertakluk kepada batasan undang-undang) atau memilih untuk tidak menerima pemasaran.

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke: E-mel: customercare@kekalcredit.com.my